Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah, 58, berkata soal peribadinya sama ada sudah berkahwin semula atau pun tidak, menjadi rahs1a kerana dia tidak akan sesekali menjawabnya.
“Kalau nak tanya soal jodoh ke, suami ke, saya tak akan jawab. Sebabnya, dulu masa saya ada suami, orang kata saya dah bercer4i. Bila saya dah bercer4i, orang kata saya dah ada suami. So, ada apa mas4lah?
“Saya tak akan cerita, saya tak akan share (kongsi), saya tak akan cakap apa-apa. Tolonglah, dah umur tua-tua ini, tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang tak perlu nak tahu pun. Saya kahwin ke, tak kahwin ke, ada suami ke atau apa ke, rahs1a,” katanya ketika ditemubual dalam program Melodi TV3.
Liza yang p0pular dengan watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, berkata dia bukan cuba l4ri daripada menjawab, kerana sejak dari dulu pun, dia menerima baik setiap orang yang bertanya kepadanya.
Cuma, katanya dia dah ‘full stop’ dan kalau boleh kisah berkaitan peribadi dirinya tidak mahu ‘share’ dengan orang kerana enggan menyinggvng perasaan mana-mana pihak terutama anak-anak dan keluarganya.
Terdahulu, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkifly Abdul Rahman pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Bagaimanapun, mereka bercer4i pada 2014 selepas 26 tahun hidup bersama.
Namun, baru-baru ini h4ngat di media sosial berkaitan Liza yang pernah memenangi trofi Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 lalu, didkwa sudah berkahwin baharu dengan lelaki berstatus usahawan.
Khabar mula bertiup kenc4ng kononnya pelakon yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha iaitu Liza Abdullah sudah berkahwin sejak dua minggu lalu.
Empunya diri bagaimanapun tegas untuk mengvnci mulut dan enggan menjawab soalan yang dianggap terlalu peribadi.
“Tak payahlah tanya soalan seperti ini, saya dah tua tak perlu jawab semua ini. Biarlah rahsia.
Liza berkata, hal seperti itu tidak akan dijawab olehnya namun dia tetap melayan pertanyaan dengan baik.
“Orang datang cara baik saya layan baik tak baik pun saya layan baik,” katanya.
Pelakon watak antagonis 7 Hari Mencintaiku itu membiarkan persoalan berkenaan terus menjadi teka teki tanpa sebarang jawapan.
Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan daripada Liza sendiri tidak berjaya apabila kiriman mesej kepadanya menerusi WhatsApp tidak dibalas.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: HM, boom