‘Mummy Akan Pulang Ke Rumah?’ – Pertanyaan Anak Zizie Izette Undang Tang1san

Pada Jumaat lalu, pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, terhadap tvduhan r4suah RM2.8 juta.

Mummy dah menang?

Sekembali dari mahkamah, Zizie, 43, diajukan soalan oleh anak angkatnya, Nayla Nurjenna, 6, sama ada dia dan Bung Moktar menang dalam k3s itu.

Jawab kakak kepada aktor Shaheizy Sam, kemenangan tidak berpihak kepada mereka namun itu bukan pengakhiran.

Malangnya tidak. Awak mungkin tidak faham sekarang. Tapi saya nak awak tahu yang mummy dan daddy sedang berl4wan (fight1ng). Ia belum penghujung.

Selain itu, anak lelaki turut bertanya sama ada dia akan kembali ke rumah sambil men4ngis.

Adakah mummy akan pulang ke sini (rumah)?

Balas anak kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah, “Insya-Allah saya akan kembali. Kami sedang berl4wan (f1ghting). Jangan bersed1h.”

Anak-anak jadi kekuatan

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zizie Izette Abdul Samad menyatakan anak-anak yang menjadi penyebab untuk dirinya kekal kuat.

Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram @zizieizette/OHBULAN