Penyanyi, Ifa Raziah akui kurang senang dengan komen yang diberikan oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Di Pintu Syurga di program realiti terbaru, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, penurunan kemampuan vokal sebenarnya merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi itu sudah pun meningkat usia.
Baru-baru ini, penyanyi Ifa Raziah memb1das semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen hantaran yang dilakukan oleh guru vokal berkenaan di platform Instagram, Ifa memberitahu dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit sepanjang menceburkan diri dalam industri seni.
Ifa menerusi komen balas di Instagram guru tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.
“Kau siapa nak sound-sound aku ini nyanyi svmbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ini? “Umur aku dah dekat 50 tahun, memanglah suara kadang-kadang ke laut sikit. Kau suruh emak kau nyanyi, aku nak tengok,” tulisnya.
Dalam komen yang sama, Ifa juga menjelaskan setiap selebriti pasti akan melalui fasa tersebut apabila lewat usia. “Semua artis akan lalui fasa ini bila dia orang sudah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. “Semua yang dulu suara high pitch tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu.
Jadi respeklah sikit kami yang tua ini,” jelasnya. Coret Ifa lagi, jika mahu dibandingkan dengan penyanyi remaja atau muda memang tiada daya dan kemampuan untuk mel4wan.
“Nak bandingkan dengan budak-budak muda memanglah kami tak mampu nak l4wan. Kau yang muda pun suara tak ke mana. “Aku nak tengok suara kau masa umur 50 tahun nanti. Kau tunggu masa itu akan tiba.
“Tak payahlah kutvk-kutvk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang mas4lah sangat pada kau, kalau aku svmbang. Kalau aku ters1ngkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!!,” tegasnya. Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi persembahannya bagaimanapun guru vokal itu mengkr1tik bahawa nyanyian Ifa svmbang.
Sebelum ini pernah tul4r dengan penyanyi dangdut terkenal, Ifa Raziah yang menyertai rancangan Terpaling Juara. Sebuah rancangan baru yang disiarkan di TV3 ini bagaimanapun mendapat perhatian umum selepas kehadiran Ifa Raziah di pentas menyanyikan lagu dari genre berbeza dari kebiasaan.
Dalam persembahan Ifa Raziah minggu lalu, penyanyi ini membawakan lagu Di Pintu Syurga dan dia telah seb4k ketika menyanyi. Kejadian itu membuatkan nama Ifa Raziah menjadi bualan ramai di sosial media.
Malah pada episod terbaharu ini ada pula kontr0versi yang mel4nda apabila Ifa Raziah salahkan baju apabila nyanyiannya dikatakan tidak menyenangkan telinga. Minggu ini Ifa Raziah menyanyikan semula lagu Ratu Rock Malaysia, Ella berjudul Sepi Sekuntum Mawar Merah.
Buat yang terlepas menyaksikan nyanyian Ifa Raziah ini boleh tonton dalam rakaman pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagram TV3 seperti berikut:
View this post on Instagram
Lain macam bawa lagu genre rock ballad minggu ini! Biarpun Ifa Raziah salahkan baju dalam episod minggu ini, namun keberanian penyanyi ini untuk mencuba di luar kebiasaannya bolehlah dipuji.
Di ruangan komen bagaimanapun rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka mengenai nyanyian Ifa Raziah tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian tersebut:
“Tengok dia menjawab tadi memang tak nak kal4h. Salahkan baju je..Artis lain macam Aina tu lagi haru fesyen dia atas pentas elok je nyanyi…Praktis macam nak rak katenya pun tak menjamin suara jadi sedap..”
“Selalu tengok penyanyi profesional walaupun baju berambu ramba panjang berjela, suara tetap sedap & lunak”
“Dah memang tak sedap, tak sedap lah citer dia..Baju tak salah”
“Jahan4m lagu orang. Tak de kaitan baju disalahkan dengan suara svmbang..Elok ada peny1ngkiran”