Ramai sedia maklum, pakar bed4h yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dr. Amalina Bakri sudah pun berada di trimester terakhir kehamilan sulungnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021.
View this post on Instagram
Boleh dapat cuti bersalin 10 bulan
Selepas memuat naik gambar sambutan ‘baby shower’ bersama rakan-rakannya di England, Amalina turut meluangkan masa membalas soalan-soalan pengikutnya di InstaStory..
View this post on Instagram
Namun, dalam banyak-banyak respon yang dibuat, jawapan berkenaan soalan tentang berapa lama cuti bersalin yang bakal diambil oleh Amalina mendapat perhatian netizen di media sosial.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan.
Dapat gaji penuh untuk 5 bulan
Bukan itu saja, Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai ternganga.
Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan.
Komen netizen
Perkongsian InstaStory itu ternyata buatkan ramai yang cembvru kerana cuti bersalin di Malaysia hanya diberi selama tiga bulan dan mengatakan bahawa Amalina beruntung kerana boleh mendapatkan cuti yang panjang untuk memberi fokus yang penuh untuk anaknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: @dramalinabakri, Twitter