Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Ded4h Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tul4r dan sens4si apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kec0h.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu men1ngg4lkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH