“Sampai Bila Nak Mas4m Muka..” Elly Mazlein Akui Tiada Lagi 1su Dengan Ramli MS

PENAMPILAN pengacara Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza musim k3sembilan (GV9) sekali gus menepis dakw4an kononnya dia masih berselisih faham dengan salah seorang juri iaitu Datuk Ramli MS.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, apa yang berlaku antaranya dengan pengarah muzik itu adalah kisah lama dan dia telah memohon maaf berhubung isu berkenaan.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan Tok Ram (Ramli) baik-baik sahaja. Sampai bila kita nak bermas4m muka. Semua masalah ada jalan penyelesaian.

elly 3

Elly profesional dan lupakan kisah lama.

“Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau,” katanya kepada mStar.

Elly menjelaskan mengenai perkara itu ketika minggu pertama GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Sebelum ini Elly yang merupakan bekas peserta GV musim ketiga, pernah meluahkan rasa ters1nggung dengan komen yang diberikan oleh Ramli sehingga membuatkan dia mahu mengambil keputusan menarik diri daripada program berkenaan.

Berkongsi pengalaman mengacarakan program untuk musim ini, Elly mengakui bimbang menerima komen balas penonton.

Dia bagaimanapun berusaha melakukan tugas tersebut dengan baik kerana kerjaya ini merupakan salah sumber pendapatan buatnya.

“Syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walau bagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.

Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA

“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat homework lebih dan sebagainya,” ujarnya.

Elly bergandingan dengan Nabil Ahmad bagi menggantikan Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu.

Mengakui gandingan Nabil dan Jihan sangat baik sepanjang lapan musim sebelum ini, Elly bagaimanapun berkata dia tidak mahu terikat dengan cara penyampaian sama dan mahu tampil dengan gaya tersendiri.

“Memanglah saya rasa gementar sehingga rasa nak pit4m. Kita semua sudah tahu bagaimana Jihan dan Nabil sebelum ini cukup serasi sebagai pengacara program ini.

elly 2

Ramai yag memuji k3serasian Nabil dan Elly di pentas GV9.

“Saya akan kendalikan GV9 mengikut cara sendiri selain kemahuan program ini.

“Kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya terutama apabila memikirkan untuk mengekalkan momentum GV itu sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial, rata-rata penonton memberikan respon positif dan suka dengan cara pengacaraan Elly.

Malah, ada yang berpendapat gandingan Elly bersama Nabil dilihat serasi walaupun baru sahaja minggu pertama bersiaran.

GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk musim baharu ini, sebanyak 13 peserta bersaing iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Cat Candy, VE.

Selain itu, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Asheed Def Gab C dan Hazrul Nizam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar