“Teringin Nak Ada Anak, Tolong Edit Baby Comel Baring Sebelah Kita” Tak Sangka Ini Reaksi Ramai

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup dalam rumah tangga. Namun tak semua terus dikurniakan rezeki zuriat. Ada yang terpaksa menunggu lamanya, menggunakan pelbagai kaedah hanya untuk cahaya mata impian.

Sama seperti puan Nourfi yang sudah menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan zuriat.

Puan Nourfi meminta kepakaran ramai dalam group:Edit Apa Hari Ni? untuk menyunting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi disebelah kerana dia benar-benar inginkan cahaya mata.

Namun hasilnya sangat mengejvtkan kerana rata-rata warga maya menunaikan permintaanya malah diselitkan doa agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Sikap warga maya di dalam group tersebut boleh dipuji malah ada yang sanggup meminjamkan gambar anak-anak sendiri untuk di ‘edit’ di sebelah Puan Nourfi.

Rata-rata warga maya sebak dan terus mendoakan rezeki zuriat buat Puan Nourfi.

Kredit: Edit Apa Hari Ni?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: PaMa