Elisya Sandha Syukur Bunga Elhaq Disayangi Ramai

Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa syukur anak sulungnya Bunga Elhaq disayangi semua ahli keluarga terutama ibu mentuanya yang juga pelakon terkenal, Sheila Rusly.

Memetik Harian Metro, Elisya berkata anaknya dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu mentuanya jika dia dan suaminya keluar bekerja.

“Bunga dan mama Sheila sangat rapat sampaikan mama Sheila tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah. Bunga pun tak banyak mer4gam atau menangis apabila saya keluar bekerja.

“Walau bagaimanapun Bunga sangat mengenali ibunya manakala hubvngan Bunga dengan ibu mentua pula seperti cucu dengan nenek,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya berkata dia terus kembali bekerja selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata memandangkan ahli keluarga yang banyak membantu untuk menjaga anaknya.

Bagaimanapun, dia terpaksa men0lak jika ada tawaran yang memerlukan bekerja di luar kawasan kerana anaknya masih menyvsu badan.

“Selepas tiga bulan melahirkan anak dan melalui proses berpantang saya sudah kembali bekerja. Saya bersyukur ada keluarga yang sangat menyokong, terutama ibu mentua yang sanggup menjaga Bunga.

“Dalam waktu sama, saya juga ada pembantu yang menolong mama Sheila di rumah. Setakat ini, saya tiada masalah untuk kembali bekerja sebab saya memang tak suka duduk diam di rumah, saya lebih suka bekerja,” katanya.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook