Kalau sebut nama Ryan Bakery, mesti ramai yang cukup kenal dengan personaliti media sosial ini. Mula terkenal dengan konten video kenangan 90-an di Tik Tok, pemuda itu juga semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan Sepahtu Reunion Live dan bergandingan bersama pelawak terkenal antaranya Jep Sepahtu.
Dengan populariti yang dimiliki Ryan Bakery sekarang ini, pastinya segala yang berkaitan dengan pemuda itu akan menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini pula, seorang wanita menjadi bualan netizen apabila dia mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada Ryan.
Menerusi video yang dimuat naik itu, dia menunjukkan sekeping gambar lelaki yang dipercayai merupakan Ryan Bakery pada satu ketika dahulu. Dia turut mengaku bahawa dia merupakan bekas kekasih kepada pemuda itu dan bersel0roh bertanyakan sama ada Ryan masih mengingatinya.
Sebaik sahaja video itu dimuat naik, wanita itu telah menerima kec4man dari netizen yang mendakwa dia seorang yang lap4rkan perhatian dan sengaja ingin menumpang populariti Ryan Bakery. Difahamkan selepas menerima kec4man dari netizen, wanita itu telah mengvnci akaun tersebut dan tidak lagi mended4hkan kepada umum.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut mengec4m tindakan wanita itu yang seolah-olah tidak menghormati status Ryan yang kini merupakan tunangan orang. Malah empunya diri, Ryan Bakery sendiri turut meninggalkan komen di video yang dimuat naik semula oleh seorang netizen.
“Tah… tak kenal.”
“Ryan buat pilihan bijak.”
“Dugaan Ryan nak ke jinjang pelamin, semoga kuat untuk Ryan dan pasangannya.”
“Bila dah berjaya baru nak mengaku.”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: HCL