“Punya Cantik Kite..” Sekali Anak Bagi Komen Jujur! Net1zen Terhibur Baca Mesej Keisha Pada Nabila Huda

Pelakon berbakat, Nabila Huda baru ini memuatnaik satu tangkap layar mesej yang dihantar oleh anak perempuan tunggalnya, Keisha Laila di Instagram. Hantaran tersebut mencur1 perhatian ramai di media sosial selebriti versatil ini.

Banding Dengan Hantu Sunway Lagoon

Berdasarkan tangkap layar mesej tersebut, Murai MY mendapati anak perempuan Nabila sebenarnya memberi respon terhadap gambar ibunya di Instagram Story dan mengatakan bahawa wajah ibunya itu lebih ser4m berbanding hantu di Sunway Lagoon.

“Ni lagi ‘sc4ry’ dari hantu Sunway Lagoon” Mesej Keisha

Melihat mesej yang dihantar anaknya itu, Nabila memuatnaik tangkap layar mesej yang tersebut sambil menulis coretan ringkas dan meminta agar anaknya itu menyokongnya.

“Hahahahahahaaa!! Punya cantik kita, dia kata ‘scary’ dari hantu Sunway Lagoon???!!! Hahahaha! ‘Come on girl’…. Support sikit babe.. Your mummy kan TikTok-ers now! At the same time, I can stalk you.. @lilkupukupu” Coret Nabila

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Terhibur Baca Komen Jujur Keisha

Melihat mesej yang dihantar Keisha pada ibunya membuatkan ramai warganet berasa terhibur dan mengatakan komen yang diberikan Keisha sangat jujur.

Menerusi perkahwinan kedua Nabila bersama ahli perniagaan, Mohd Izwan Johar pada Disember 2015, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Murai.my/ Instagram