Pelakon popular, Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan para peminat selepas tujuh bulan dilahirkan.
Perkongsian yang turut dikongsi suaminya, Wan Emir Astar itu dibuat di dalam sebuah hantaran terkini di akaun Instgaram masing-masing.
Mira dan suami sama-sama berkongsi foto bayi comel mereka di Instagram masing-masing. Alahai, comel sangat!
Wan Emir memuat naik gambar keluarganya yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.
Sambil menitipkan doa yang baik-baik buat anak tersayang, pasangan ini turut mencoretkan kata sayang yang tiada hujungnya.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan juga meluahkan rasa sayangnya terhadap anak mereka.
“Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat yang sama-sama teruja turut menitipkan doa yang baik-baik buat Mira seisi keluarga.
Malah tak kurang yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selain memuji kecomelan wajah anaknya itu.
View this post on Instagram
“MasyaAllah pandainya dia amil gambar, manis senyum ikut mama,” tulis seorang peminat.
“MasyaAllah handsomenya,” tulis seorang peminat lainnya.
“Muka Mira sangat,” teka peminat.
“Comelnya muka macam mama,” peminat lain turut memuji.
“Comelnya sebiji muka Abang Umar dia,” coret seorang peminat lain.
“MasyaAllah cutenya, muka copy mama,” antara komen yang tertera.
Masya-Allah, comelnya Amir!
Rata-rata warganet termasuk rakan artis memuji kecomelan Amir sambil turut-serta menitipkan doa buatnya.
Muka mama sangat!
Selain itu, warganet juga berpandangan bahawa wajah anak Mira Filzah itu saling tidak tump4h seperti aktres tersebut. Malah, tidak kurang mengatakan wajah Amir saling tidak tumpah seperti sepupunya iaitu Umar (anak kepada kakak Mira Filzah).
Terdahulu, Mira pernah mengumumkan akan mended4hkan wajah anaknya bila-bila masa sahaja.
Mira Filzah pel1k orang sorok muka anak, “keluar rumah pun orang tetap akan nampak”.
“Bagaimanapun Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar”
“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.
Untuk rekod, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: mstar, MH