Akhirnya Madammu Bakal Timang Cahaya Mata Setelah 7 Tahun Menanti

Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra disapa Madammu mengesahkan dirinya kini hamil lima minggu.

Kerap berkongsi perjalanan in vitro fertilization (IVF) di media sosial, usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Madammu menerusi aplikasi TikTok memaparkan usahawan itu bersama suaminya ke sebuah pusat perubatan bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).

@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant ♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Menerusi entri itu, Madammu turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat diberikan apatah lagi sudah tujuh tahun dia menantilkan momen tersebut.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya.

Perkongsian Madammu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat usahawan itu yang sudah lama mengimpikan zuriat.

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan Madammu dan suaminya menitiskan air mata kegembiraan sebagai tanda syukur selepas dirinya dimaklumkan hamil.

Difahamkan, kandungan usahawan itu juga kini baru memasuki first trimester iaitu baru berusia lima minggu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi ucapan tahniah dengan khabar gembira tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: xtra, Rotikaya