Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah memberikan teguran terhadap sikap segelintir netizen yang mempertikaikan warna cat dinding rumahnya selepas berkongsi hantaran di media sosial.
“Tak Payah Nak Memandai-Mandai..”
Aishah menerusi satu hantaran di Instagram meminta netizen untuk berhenti memandai-mandai untuk memberikan komen terhadap rumah orang lain.
“Tak payah nak memandai-mandai sangatlah nak komen rumah orang lain nak cat warna apa. Yang korang rasa ‘entitled’ sangat dah kenapa? Kata tak sesuai, panaslah..Hello ko dah pernah masuk rumah i ke?.
“Takde sapa minta pandangan you pun, bukan you yang duduk rumah ni. Bukannya i minta RM10 dan janji nak bagi rumah ni kat you (eh rumah ni value lebih dari 500k wei 😝😝😝).”-Soal Aishah
Disokong Netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Aishah, malah ada yang meminta pelantun Janji Manismu itu untuk mengabaikan sahaja komen-komen negatif mengenainya.
“Alaa dah rumah orang suka hati la nak buat macam mana, nak susun macam mana, nak simpan barang apa. Pedulikan kakak @aishahjmm. Kita tau rumah akak cantik dari dulu lagi.”
“Sabarlah beb..Biarlah apa dia orang nak kata apa.”
“Yang penting kita happy dan selesa tinggal di rumah sendiri. What other people say or comment is insignificant.”
Yang komplen pasal rumah orang lain tu, pergilah hias rumah sendiri ya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Muraimy