Beri RM2K Seminggu Untuk Kecantikan Teman Wanita. Akhirnya Ini Yang Terjadi

Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal atau kulit halus mulus! Selain perlu gigih berusaha, wang ringgit juga menjadi perkara utama bagi menjayakan misi tersebut.

Bagi seorang pengguna aplikasi TikTok Nisahany, dia bersyukur apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang banyak membelanjakan duit untuknya atas tujuan kecantikan diri. Pvas hati boleh pakai baju cantik! – Nisahany

Bercerita lanjut, wanita berusia 25 tahun itu berkata, suaminya memberikan RM2,000 setiap seminggu bagi melakukan pelbagai rawatan kecantikan sebelum menjelang hari bahagia mereka.

“Akhirnya lelaki yang melabvr kecantikan Nisa RM2,000 seminggu jadi suami Nisa. Alhamdulillah 10 September lalu jadi isteri dia,” tulisnya dalam satu video baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu memaparkan koleksi foto perkahwinan mereka yang tampil dengan persalinan dress dan sut bertemakan warna ‘peach-maroon’.

@nisahany_ #shouldbeme ♬ A Gangster’s Wife – Ms. Krazie

Sementara itu, Nisahany turut men3pis dakwaan segelintir individu kononnya semakin cantik disebabkan produk tertentu dengan menyenaraikan jenis rawatan dilakukan sebelum ini. Ye ke, pakai produk ni? – Netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nisa 🇲🇾 (@nisahany_)

Usahawan produk kosmetik itu berkata, bukan hanya wajah diberikan perhatian malah supplement bagi kulit dan badan, rawatan spa dan pelbagai lagi barangan penjagaan diri juga perlu dititikberatkan.

“Awak ingat RM2,000 tu penjagaan kulit muka je ke? Supplement kulit dan badan setiap minggu habiskan RM300+, putih ket1ak kat spa setiap minggu RM1,800.  Scrub & mask badan, kaki, tangan, penjagaan rambut, syampu dan barangan mandi dan macam-macam lagi kalau nak tulis,” tulisnya dalam satu lagi video membalas tuduhan netizen.

@nisahany_ Replying to @Qadyrov #shouldbeme ♬ A Gangster’s Wife – Ms. Krazie

Video berkenaan memperlihatkan transformasi fizikal Nisahany yang semakin kurus dan kulit wajah daripada kus4m, kini lebih putih dan berseri.

Rata-rata warganet memuji perubahan dialami Nisahany serta menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki lelaki yang berkemampuan sekali gus prihatin soal kecantikan wanita.

SUMBER: OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook