Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi Mas Idayu, 50, telah disatukan dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September yang lalu.
Majlis Berjalan Lancar
Memilih Hari Malaysia untuk memateri ikatan cinta mereka, penyanyi lagu Cintaku 100% itu memberitahu, tiada simbolik tertentu atas tarikh berkenaan dan dia juga turut bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
Menurut BHarian online, Mas Idayu kelihatan teruja kerana akhirnya kembali memegang status isteri, dan dia juga mengaku tidak menyangka perkahwinan kali kedua mendapat perhatian ramai sehingga banyak pihak sudi memberi tajaan.
Memuat Naik Status Di Istagram
Terbaru, melihat di Instagram miliknya, Mas Idayu ada memuat naik satu status yang menjadi tanda tanya netizen di media sosial.
Berselindung di balik senyum dan tawa… im okay
View this post on Instagram
Dalam status tersebut, Mas Idayu memuat naik satu video wawancara yang bertanyakan kepada seorang wanita bagaimana keadaannya dan dan wanita tersebut menjawabnya ‘im okay’ tetapi dalam masa sama menahan sebak dan akhirnya mengalirkan air mata.
Netizen Mula Risau
Diruangan komen, kelihatan ramai netizen yang mula risau dengan apa yang dimuat naik oleh Mas Idayu.
Mummy ok ke tu?
Tiada manusia tanpa ujian… jika hanya mainan…moga mummy terus bahagia bersama keluarga baru yang sakinah, hasanah, mawaddah, maghfiroh wa rahmah hatta jannah.
Baru hari bahagia, tak kan berduka…
Banyakkan sabar, sabar & sabar… you will be ok mummy
Netizen mula bertanyakan keadaan Mas Idayu sekarang ini dan dia menjawab dengan perkataan ‘ya… im okay’. Dalam kerisauan netizen, kelihatan juga peminat mula mendoakan kepada Mas Idayu semoga terus kuat dan dipermudahkan dalam setiap urusannya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my