Alahai makin besar, makin comel sungguh Nur Aisywara Nealofa ini. Rasa macam baru je mama Bellaz bersalin, kini dah nak masuk 3 bulan usianya. Seindah namanya, memang tak puas tengok Aisywara Nealofa.
Menerusi perkongsian Mua Bellaz di instagramnya, jurusolek popular ini telah berkongsi majlis akikah dan kesyukuran anak keempatnya baru-baru ini.
Dengan tema hitam dan gold, menyerlahkan lagi aura majlis tersebut tambah pula si comel Aisywara Nealofa dipakaikan gaun warna gold.
Dalam perkongsian tersebut memaparkan Aisywara sedang lena tidur sambil tersenyum. Malah di sepanjang majlis tersebut berlangsung juga, Bellaz turut berkongsi satu gambar papan tanda memberitahu semua tetamu supaya tidak pegang, civm dan pelvk Aisywara atas faktor kesihatan.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Aisywara dan mengusik Bellaz supaya beranak lagi ramai-ramai kerana semua anaknya comel-comel.
“Ya Allah comelnya segak macam mak dia ❤️Alhamdullilah”
“MashaAllah comelnya, berkenan sungguh❤️😍”
“Alhamdulillah, cantiknya dia ❤️”
“MashaAllah elok sungguh la nealofa ni . Bella beranak la ramai2 lg . Baka Bella cantik-cantik bethol 😍😘”
“Sedap nama anak secantik orangnya ❤️”
“Cantik-cantik semua anak Bella macam anak mat salleh.. so cantik dan handsome😍”
Sementara itu, Bellaz juga turut menyatakan sejak habis pantang, Aisywara dan mula pandai merajuk.
View this post on Instagram
“Dia pantang orang sebut amboi, terus sebek mukanya,” tulis Bellaz.
Sebelum ini, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini telah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Ean Yusuf.
Kredit: IG Mua Bellaz, Pa&Ma
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook