Ditanya bila nak balik Kelantan, jawapan Jebat Jayden buat ramai terhibur

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Jebat yang kini berusia empat tahun sudah petah berkata – kata dan dapat berbual dengan kedua baba dan mommynya.

Ada sahaja kerenah serta celoteh Jebat setiap kali berborak dengan mommy atau babanya yang kadang – kadang tidak masuk akal namun menghiburkan.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok @niznm6.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berbual dengan si perakam yang bertanyakan bila dia ingin pulang ke kampung halaman ibunya iaitu di Kelantan.

Membahasakan dirinya baby, Jebat berceritakan mengenai kampung asalnya di Pulau Pinang iaitu kampung halaman Sharnaaz. 

Apa yang mencvri perhatian ialah jawapan Jebat Jayden tentang kampung mommynya, lain pula jawapan Jebat membuatkan ramai terhibur mendengar jawapannya.  Walaupun apa yang disebut agak susah untuk difahami, namun kepetahannya bercakap rata-rata menarik minat netizen.

VIDEO

@niznm6 #phui #kelantan #penang #baby #jayden #jebat #taktahunakcakapapa #jebatjayden ♬ original sound – Noorintanz

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 592.1k tontonan, 40.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Tiktok niznm6