PELAKON Zahirah MacWilson mencabar diri menunggang motosikal buat kali pertama dalam hidupnya bagi menjayakan watak menerusi drama lakonannya berjudul Tiada Maaf Buatmu.
Pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 27, ini berkata, meskipun gementar namun tetap menyahut cabaran dengan belajar menunggang kenderaan itu sebelum penggambaran bermula.
“Perkara yang saya tak pernah buat adalah menunggang motosikal dan pertama kali berbuat demikian menerusi drama Tiada Maaf Buatmu.
“Tetapi demi menjayakan babak berkenaan, saya memberanikan diri dan belajar on the spot di set penggambaran tanpa pergi ke kelas khas untuk belajar menunggang motosikal.
Watak sebagai Aina Cempaka beri cabaran buat Zahirah.
Saya memang tiada lesen motosikal dan tidak berhasrat untuk mendapatkannya kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian,” katanya kepada mStar.
Zahirah berkata demikian ketika ditemui menerusi sidang media drama berkenaan secara maya yang diadakan baru-baru ini.
Tiada Maaf Buatmu arahan Idora Abdul Rahman turut menggandingkan Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza selain Hafreez Adam, Wan Raja, Watie Sadali dan Hilal Azman.
Ia sedang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.
Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia tertarik dengan watak Aina Cempaka kerana ia mempunyai personaliti sebagai seorang tomboy selain bersifat berdikari yang tidak pernah dibawa sebelum ini.
Zahirah bergandingan dengan suami Aiman Hakim.
Pun begitu katanya, tidak mudah menzahirkan sifat kelakian namun ia cabaran buat dirinya agar lakonan yang ditampilkan kelihatan menyakinkan dan semula jadi.
“Memang saya ambil masa hendak sesuaikan diri dengan watak sebagai Aina Cempaka kerana tak mudah untuk nampak semula jadi perwatakan tomboy.
“Tetapi saya suka kerana ia satu kelainan dan saya ada juga merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai sifat sama bagi menjayakan peranan dalam drama ini,” katanya.
Bercakap lanjut mengenai drama tersebut, Zahirah berkata, selain terpaksa menunggang motosikal, cabaran lain melakonkan wataknya adalah dia perlu membawa batak seorang yang mengalami tr4uma dan dia tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan.
Zahirah membawa watak sebagai wanita tomboy.
Kata Zahirah, bukan mudah menzahirkan watak seorang yang sedang mengalami emosi dan fikiran terg4nggu namun berkat bantuan pengarah dia berjaya melakukannya.
“Sejujurnya sangat susah nak bawa watak seorang wanita yang sedang tr4uma kerana saya tiada pengalaman sebegitu atau mengenali sesiapa yang pernah berada dalam situasi tersebut.
“Bukan senang nak bawa watak tersebut tetapi saya banyak rujuk pengarah untuk beri yang terbaik kepada watak yang diberikan.
“Alhamdulillah saya berjaya membawa watak itu dengan baik tetapi tidak sampai terbawa-bawa sampai ke rumah,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar