Siti Jamumall Tampil Bersuara Apabila Rambut Rosak Tervk Setelah Buat Rawatan Di Salon. Ini Tindakan Yang Akan Diambil

Bila menyentvh bab rambut, pastinya wanita lebih memahami dan sangat sensitif dalam bab penjagaannya. Namun apabila rambut yang dianggap ‘mahkota’ seorang perempuan rosak angkara kesilapan pihak tertentu ketika membuat menjalani rawatan mahupun ketika di salon, pastinya ia mengecewakan dan boleh menyent4k mana-mana emosi wanita. Itulah apa yang terjadi pada usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall yang mengalami detik hitam berhubung rambutnya semalam. “Jahan*m rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Itu luahan rasa sedih dan ger4m pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman m4lu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’. Ketika itu semua kel4m kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

@sitijamumall

Serikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut

♬ original sound – sitijamumall

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.

Rambut saya sampai pendek dan putvs banyak. Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘ble4ch’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.  Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Semoga isu ini tidak berpanjangan, dan semoga wanita-wanita di luar sana boleh mengambil iktibar dari insiden ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Nona