Sejak dulu sampai kini suka tengok raut wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 37 tahun. Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, lebih-lebih lagi kalau Datin Anne Ngasri bergambar bersama anak-anaknya. Comel sangat!
Saat ditanya apa rahsianya, ini jawapan Datin muda ini. “Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.
URUS KELUARGA TANPA PEMBANTU
“Tahun ini sudah masuk dua tahun saya menguruskan keluarga dan menjaga sendiri 6 orang anak tanpa pembantu. Sepanjang tempoh ini saya banyak habiskan masa di rumah. Walaupun penat namun saya gembira dan enjoy melakukannya demi keluarga.
Saya kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan.”
Menerusi video terbaru di laman instagram, Anne Ngasri kelihatan semakin cantik dan cukup berseri mengenakan jubah serba putih semasa mengiringi perjalanan sahabat karibnya untuk menunaikan ibadah umrah.
“Selamat Jalan Selamat Menunaikan ibadah Umrah buat sahabat ku dunia akhirat kak @rabiatuhasmakhjghani … Didoakan semoga dipermudahkan urusan diberi kekuatan serta k3sihatan supaya dapat menyelesaikan ibadah kali ini dengan sempurna…..
Bahagia itu salah satunya punya sahabat yg baik ikhlas menyayangi kita tanpa mengharap balasan apapun….
Yang penting yg kita mengiring je pun”
View this post on Instagram
Datin Anne Ngasri bercer4i secara rasmi dengan suami pertama, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak. Kemudian Datin Anne Ngasri bernikah dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 50, pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang anak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:IG Anne Ngasri