Selain Kieda Crepe tersohor di Kepala Batas, di Kelantan pula kedai isteri kepada Youtuber dan pengarah filem terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul yang diberi nama Beli Dessert semakin hari, makin mendapat sambutan luar biasa penduduk di negeri tersebut dan acap kali menjadi tumpuan di media sosial.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, orang ramai sanggup beratur demi mendapatkan pelbagai jenis dessert yang dijual di kedai Anissa Faizul. Meskipun begitu, nampaknya terdapat satu komen daripada seorang individu membuatkan Anissa Faizul terpanggil untuk menjawabnya.
View this post on Instagram
“Dekat bandar memang standard harga macam tu, ni dekat kampung (kg) barang-barang pun senang dapat. Sepatutnya 8 ringgit lagi berbaloi,” komen terbabit ditinggalkan menerusi salah satu video dikongsikan Anissa Faizul yang membuat review salah satu makanan yang ada di kedainya.
Komen yang membandingkan harga di bandar dengan kampung itu menyebabkan Anissa Faizul tampil menjawabnya dengan memuat naik video.
VIDEO 1
@anissafaizul_ Replying to @🤍 ♬ original sound – Anissa Faizul
VIDEO 2
@anissafaizul_ Last video untuk ulas benda ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan!❤️ #fyp #anissafaizul #belidessert #dessert #kiedacrepe #kiedacrepehqpenang ♬ original sound – Anissa Faizul
Perkongsian Anissa Faizul itu bagaimanapun menarik ribuan komen ditinggalkan oleh netizen yang turut menyelar dakwaan barang di kampung senang diperoleh malah rata-ratanya berpendapat bahawa harga barang dijual sama sahaja malah lebih susah untuk diperoleh di kampung kerana tidak banyak pilihan berbanding di bandar.
“Kampung ka bandar ka lebih kurang je…”
“Kat kg barang barang lagi mahal kot sebab kedai tak banyak…”
“Terus semangat Nisa…”
“Teruskan Kak Nisa…”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL