Kebanyakan rakyat di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 18 tahun.
Kebiasaannya, seseorang individu itu mengambil masa dalam empat atau lima tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka mengikut bidang yang diambil. Kebanyakan mereka akan memulakan kerjaya di usia sekitar 23 atau 24 tahun selepas menggenggam segulung ijazah.
Namun, menuntut ilmu tidak pernah terikat dengan peringkat umur kerana jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran dan mempunyai kelayakan, maka mereka boleh terus belajar tanpa ada had umur.
Contohnya seperti seorang wanita ini, yang difahamkan menyambung pelajaran walaupun sudah bergelar seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang telah meningkat remaja.
Berdasarkan video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @mocchhhhaa memaparkan pemilik video yang menghantar ibunya sendiri yang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi.
Video:
@mocchhhhaa Tuntut ilmu biarlah sampai negeri cina katanya, tapi ni dekat malaysia jela 🤪🫠
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 655.5k tontonan, 66.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji ibu pemilik video yang masih bersemangat melanjutkan pelajaran.
Komen netizen:
Sumber : tiktok @mocchhhhaa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.keramatviral.com/