Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming bukanlah satu nama yang as1ng lagi bagi ramai. Sikap humble Khairul Aming juga antara penyebab dia semakin diminati dan disenangi warganet sehingga acap kali vir4l di media sosial.
Meskipun begitu, sekali lagi nampaknya warganet membicarakan tentang sikap Khairul Aming yang tidak hanya menjaga pelanggan produk miliknya, Sambal Nyet untuk memberikan yang terbaik buat mereka malah ramai sebenarnya juga semakin kagum dengan layanan Khairul Aming terhadap pekerja-pekerjanya.
Baru-baru ini, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang membawa staf syarikatnya pergi bercuti ke sebuah resort telah mencetvskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi satu muat naik terbaharu Khairul Aming, dia berkongsikan kisahnya bersama ramai staff kilang miliknya, Sambal Nyet apabila mereka bersama-sama bercuti di sebuah resort.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Khaiul Aming di laman TikToknya, dia memaklumkan telah menutup kilang Sambal Nyet selama dua hari untuk membawa semua stafnya meluangkan masa dengan berehat dan menikmati alam semulajadi di Lalang Resort, Jeli, Kelantan.
@khairulaming Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip 😁 #SambalNyet #makanlokal #makanlokaldestination? ♬ original sound – Khairulaming
“Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Percutian ini santai je, hanya untuk berehat and menikmati alam semulajadi.
“Aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa, secara keseluruhannya, percutian ini sangat menyeronokkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, Kahirul Aming menjelaskan dia telah menempah keseluruhan resort tersebut untuk memberi laluan kepada semua stafnya menimati percutian mereka.
Malah, semua staf diberi kebeb4san untuk melakukan apa-apa aktiviti yang menyeronokkan mengikut kehendak mereka tanpa mempunyai jadual yang ditetapkan.
Bertuahnya dapat majikan macam ini!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan sikap yang ditunjukkan oleh Khairul Aming yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.
“Kalau ada staff yang…”
“Seronoknya semua merasa…”
“Ini baru namanya leader…”
“Bestnya jadi staff KA”
Nak kerja jugak dengan Khairul Aming!
Malah, ramai juga yang menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada pekerja Khairul Aming sehinggakan mereka sanggup dan tak kisah dibayar gaji rendah.
Sumber: TikTok @khairulaming, OMM, HCL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook