‘Soft spoken’ & Merendah Diri, Netizen Tertarik Perwatakan ‘natural’ Puteri Balqis

Bukan hanya miliki wajah yang cantik, pelakon remaja, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish juga mempunyai perwatakan yang sangat menarik sehingga berjaya membuatkan ramai orang tertarik dengan sifat semulajadi dirinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @hotspot printing di laman TikToknya, kelihatan Aqish sedang duduk di sebuah sofa sambil memberi review mengenai baju yang dipakainya yang dipercayai hasil daripada jahitannya sendiri.

@hotspotprinting_hq Betul ke aqish buat baju jersey sendiri dekat kilang #hotspotprinting_hq ♬ bunyi asal – HOTSPOT PRINTING

Soft spoken betul la Aqish ni!

Apa yang menarik perhatian netizen, gaya percakapan yang sangat lemah lembut ketika Aqish menjawab respon daripada pertanyaan wanita terbabit telah mengvndang reaksi positif orang ramai yang menyifatkan aktres itu seorang yang sangat merendah diri.

Makin cantik!

Malah, selain memiliki perwatakkan yang menarik, netizen turut memuji wajah Aqish yang semakin berseri-seri dan dilihat matang meskipun usianya baru sahaja 15 tahun.

Sumber: TikTok @hotspot printing, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook