Hubungan rapat antara pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly dan aktres Elisya Sandha sering menjadi contoh kepada ibu mentua dan menantu di luar sana.
Tak letak syarat
Ketika ditemui OhBulan!, Sheila menyatakan dia tidak pernah meletakkan syarat kepada anak-anak lelakinya untuk mencari gadis yang pandai memasak sebelum berkahwin.
Namun Sheila, 51, bersyukur kerana dikurniakan Elisya yang rajin memasak serta ‘ringan tulang’ di dapur.
Saya tidak pernah cakap pada Haq, kalau nak kahwin dengan Elisya, kena pastikan pandai memasak. Saya bukan sebegitu.
Masa bertunang, Elisya selalu datang rumah, nampak bagaimana saya melayan anak-anak dan suami. Elisya sendiri nak belajar, malah akan tanya saya masak apa jika ke dapur. Dia tengok dan bertanya soalan.
Sekarang sudah setahun jadi menantu, bila saya cakap Elisya sudah faham. Dia buat satu atau dua kali sahaja, kemudiannya sudah pandai.
Isteri kepada pengarah, Jinggo berkata dia sentiasa membimbing dan mengajar menantunya itu dalam ilmu masakan dan pujinya Elisya dilihat makin hebat beraksi di dapur.
Elisya harus melayan suaminya macam mana saya melayan anak saya. Sebab anak saya makan masakan saya dari kecil, jadi mesti tahu menilai rasa makanan.
Apabila Elisya masak sesuatu yang tidak sampai ke tahap masakan saya, dia akan mencuba lagi sebab suaminya sudah pernah rasa masakan yang baik.
Tetapi, bukanlah bermakna Elisya masak tidak sedap. Ada sesetengah masakan yang dibuat betul-betul menjadi seperti ayam geprek yang dimasak, baru-baru ini.
Kongsi tips bahagia
Dalam pada itu, pelakon drama Ratu Ten Pin 2: Shalin turut berkongsi tiga tips untuk ‘ikat’ suami dalam kehidupan berumah tangga kepada Elisya.
Jaga hati suami, jangan buat perkara yang dia tidak suka. Rajin-rajin memasak untuk ikat pervt suami dan juga menjaga anv (hubungan intim).
Sekarang ‘anv’ jaga dulu… itu salah! Nanti bila dah tak sedap kau cari lain. Tiga perkara itu sahaja.
Sheila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program realiti terbaharu, Dapur Tempur siaran TV9 di Flower Girl Coffee, Sunway Geo Avenue, baru-baru ini.
Menerusi program itu, Sheila ditugaskan sebagai juri tetap bersama Chef Adu manakala Yasmin Hani menjadi hos.
Program realiti Dapur Tempur itu membawakan lapan pasangan keluarga unik, dinamik dan mempunyai minat memasak untuk bertanding.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://ohbulan.com/