“Kenapa nak ‘single’ kalau boleh berdua?”- Akhirnya Erra Fazira Mula Buka Mulut

Selepas tul4r di media sosial video yang memaparkan selebriti terkenal tanah air yang juga dikenali sebagai primadona Malaysia, Erra Fazira hadir ke majlis perkahwinan yang sama dengan bekas suami iaitu Engku Emran dan Nabila, sudah semestinya pelakon itu diserbu soalan mengenai perancangan sama ada mahu kekal solo ataupun tidak.

‘Saya tak nak single’.

Susulan penyanyi Ziana Zain bergurau dengan meminta supaya Erra terus kekal solo, ibu kepada Engku Aleesya ini seakan memberi bahawa dia bersedia untuk berpasangan lagi.

Saya taknak ‘single.’ Kenapa nak ‘single’ kalau boleh berdua? Namun, Erra juga memaklumkan bahawa dia berserah kepada jodoh yang telah Allah tetapkan kerana baginya kenapa perlu menolak jika diberi peluang untuk berdua.

Erra berkata, dia masih mengekalkan hubungan baik dan berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan bekas kekasihnya itu. Erra berkata, dia juga yakin Shahir sendiri sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga.

“Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.

Bukan itu saja, Erra turut berkongsi bahawa dia menerima jemputan majlis perkahwinan rakannya iaitu Shahir Zawawi yang telah berlangsung baru-baru ini.

Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan menjadi suami. Semoga terus berkekalan hingga ke Jannah.

Tambah Erra lagi, dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut walaupun dijemput kerana mempunyai urusan kerja yang tak dapat dielakkan.

Erra yang hadir ke majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan bersama isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari untuk melakukan persembahan.

SUMBER:Ohbulan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook