Ini Respon Mat Dan Bila A.Aida Lebih Mengutamakan Rupa Dari Bakat

Sebelum ini penerbit Datuk A.Aida ada mengeluarkan kenyataan bahawa mahu mencari bakat baharu yang berwajah kacak dan cantik untuk membintangi sesuatu filem ataupun drama.

Bakat Boleh Diasah

via mStar

Menurut mStar, A.Aida mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik. Malah baginya bakat seseorang itu boleh diasah olehnya.

Saya mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik… bakat itu saya boleh asah, tapi kalau yang datang itu punya pakej rupa dan bakat, sudah tentu mereka ada kelebihan.

Tambahnya lagi, jika seseorang itu datang dengan kedua-dua pakej, individu tersebut mempunyai kelebihan dalam menjadi pelabis baru dalam industri lakonan.

Tidak Memerlvk4n Pengikut Yang Ramai

Dalam pada itu, A. Aida berkata, dia tidak hanya mencari bakat baharu yang mempunyai jumlah pengikut ramai di media sosial kerana ia bukan faktor utama penentu sesebuah filem atau drama berjaya.

Ini kerana katanya, followers akan datang dengan sendirinya apabila berjaya menarik perhatian peminat selepas bergelar seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap.

Mendapat Respon Dari Mat Dan

via mStar

Berita mengenai pencarian pelapis baru yang lebih mengutamakan rupa dari bakat telah mendapat perhatian dari Mat Dan.

Inilah yang salah dalam industri ini. Memang bakat boleh asah, tetapi kalau ikot macam ini, asah yang cantik jela? Jangan nilai pada rupa sahaja.

Tulis Mat Dan, jika pelapis baru dicari dengan berpanduk4n rupa paras sahaja, ini bermakna hanya golongan individu yang mempunyai rupa paras sahaja berpeluang untuk mengasah bakat mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Murai.my