“Berselipar Jepun Je Rupanya..” Dibalik Tabir, Pembaca Berita TV3 Hasnida Hanim Bersiap Memang Sempoi Habis!

Segmen berita yang ditayangkan di televisyen menjadi salah satu saluran yang ditunggu ramai pada seketika dulu. Pada waktu dulu berita jam 8 malam disaksikan jutaan penonton untuk ketahui apakah yang terjadi di luar sana.

Pembaca berita perlu bersiap dan tampil kemas untuk membaca apa juga kejadi4n yang berlaku. Kebiasaannya pembaca berita akan mengenakan pakaian formal dan siap bersolek bagi perempuan dan rambut disisir rapi.

Namun siapa sangka, rupanya di sebalik penampilan pembaca berita yang ditonton di televisyen ada sesuatu yang tak dijangka. Menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini dipaparkan balik tabir pembaca berita bersiap.

Rupa-rupanya ada pembaca berita hanya berselipar sahaja sebelum bertugas di studio membaca berita. Berikut adalah perkongsian rakaman balik tabir pembaca berita yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok lailar0hani0:

VIDEO:

@lailarohani0 Replying to @nubiskubis ♬ SWIPE – ALYPH

Atas memang nampak kemas siap dengan blazer dan skrit. Tapi tertunjuk bahagian bawah pula dan ternyata rupanya pembaca berita wanita ini hanya menyarungkan selipar sebelum melakukan tugasnya.

Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 372 ribu tontonan dan 4,400 likes. Di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan tak sangka mereka selepas menyaksikan perkongsian rakaman ini.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video ini:

“Santai janji ucapan sampai”

Screenshot at Oct 30 17-26-20

“Kalau tiba2 kamera terfokus kat kaki macam mana”

Screenshot at Oct 30 17-26-02

“Putih rupanya..Dalam berita macam tanned skin. Btw cantik”

Screenshot at Oct 30 17-25-46

“Hahaha sempoi mantap selipar mahal tu mantap sis. Di sebalik tabir..”

Screenshot at Oct 30 17-25-15

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL