Adam Shahz Nafi ‘g1la Bayang’, Tak Kisah Kalau Bekas Isteri Nak Kahwin Lagi

Nampaknya persetervan antara Adam Shahz dan bekas isterinya, Fatin Afeefa masih lagi berlarutan berikutan kenyataan balas daripada pelakon lelaki itu berhubung dakwaan dia tidak move on dengan perkahwinan terdahulu.

Fatin Afeefa nak berhenti berlakon

Hal ini susulan kenyataan daripada Fatin Afeefa yang ingin berhenti daripada industri seni dan mengaitkan nama Adam sebagai punca dia bertindak sedemikian.

@skinmeticshq

Fatin Afeefa dah tak nak menyanyi n berlakon 😩 nak part 3?

♬ original sound – skinmeticshq

Nafi ‘g1la bayang’

Disebabkan itu, pelakon drama Juvana terbabit menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca bekas isterinya mengambil tindakan sedemikian serta sama sekali tidak cembvru dengan kehidupan selebriti berkenaan.

Hal tersebut dimaklumkan menerusi Gempak dan dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal tersebut memandangkan mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain.

“Bila masa pula saya suruh dia berhenti berlakon? (ketawa) Dia sendiri cakap tak pernah berhubung dengan saya. Macam mana kata saya suruh dia berhenti berlakon?
“Saya menegaskan tak pernah suruh dia berhenti berlakon! Kalau dia kata ada bukti, ala bosan dengan benda macam ini. Saya pun dah tak nak komen apaapa, rasa dah tak perlu,” katanya.

Fatin dah 10 bulan tak ambil job berlakon

Terdahulu, Fatin Afeefa ada menyatakan yang dia sudah 10 bulan tidak mengambil tawaran dalam bidang seni dan hanya fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Dia juga membuat live di TikTok dengan menangis tersedu-sedu meluahkan apa yang dirasai ketika itu.

Tak kisah kalau bekas isteri nak kahwin

Mengulas lanjut berkenaan dakwaan ‘g1la bayang’, Adam memaklumkan yang dia sama sekali tidak kisah andai bekas isterinya ingin mendirikan rumah tangga kerana baru-baru ini Fatin sendiri ada menghantar mesej meminta sijil cer4i daripadanya.

“Baru ini, dia ada mesej cara baik minta sijil cer4i. Selama ini, dia mesej mar4h-mar4h, ada saja tak kena tetiba. Saya permudahkan urusan dia.
“Dekat mana saya cembvru? Itu kehidupan masing-masing, dah lima tahun pun (bercer4i). Sekarang ini fasal anak saja, tak perlu nak isukan sampai macam ini.
“Saya tah heran dengan benda macam itu. Alhamdulillah saya masih bekerja. Selagi saya boleh bekerja, saya okey. Itu rezeki masing-masing. Allah takdirkan dia kaya, itu rezeki dia.
“Sedikit sebanyak dia membantu saya juga nanti. Anak itu kalau perlukan apaapa, dia mungkin boleh dahulukan,” ujarnya.

“Kalau dia jemput saya datang”

Tambahnya lagi, dia sendiri akan datang ke majlis perkahwinan pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin sekiranya mendapat jemputan.

“Lailahaillallah.. saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwin la. Demi Allah! Orang ramai kata saya mer0yan sebab dia nak kahwin. Kalau dia kahwin, dia jemput.. saya datang.
“Sebab dia mak kepada anak saya. Saya senang saja. Jangan merumitkan!” tegasnya.

Dalam pada itu, Adam turut akui yang kem3lut mel4nda mereka berdua telah menyebabkan dia sukar untuk bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia kerana pihak keluarga Fatin telah memberikan pelbagai alasan tiap kali dia ingin bertemu.

Oleh sebab itu, dia telah membuat keputusan untuk membuat tindakan mahkamah namun enggan mended4hkannya dengan lebih lanjut.

Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook