Sayunk I Love You hampir raih 3 juta views hanya 2 minggu, ramai boleh ‘terima’

Boleh dikatakan platform TikTok kini menjadi tempat paling h4ngat digunakan oleh warganet. Pelbagai lagu yang berjaya bermain-main di fikiran pendengar juga tul4r dikongsikan oleh pengguna platform tersebut malah salah satu lagu terbaharu berjudul Sayunk I Love You ini juga hangat diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.

Lagu terbabit berjaya menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut apabila terdapat juga cabaran berbentuk tarian dan dijadikan lagu latar sebuah content dalam video mereka. Meskipun begitu, ternyata tidak hanya di platform tersebut sahaja mencvri tumpuan warganet malah di YouTube juga ternyata lagu ini telah meraih jutaan tontonan.

Sayunk I Love You lagu terbaharu h4ngat diperkatakan

Sekadar info, pemilik suara lagu Sayunk I Love You merupakan penyanyi baharu yang dikenali sebagai Chombi. Lagu terbabit telah dilancarkan sejak dua minggu lalu di platform YouTube yang tidak sekadar meraih jutaan tontonan malah juga trending nombor satu.

Ternyata sehingga dua minggu dilancarkan, Sayunk I Love You nyanyian Chombi ini telah meraih hampir 3 juta tontonan. Ternyata penangan lagu ini membuatkan Chombi berhasil mendapat tempat di hati pendengar.

Muat naik di YouTube Padu Records tersebut bagaimanapun dihujani dengan reaksi positif oleh warganet yang turut mengucapkan tahniah kerana trending nombor satu.

“Tahniah, trending no.1”

“Ku ulang ulang”

“Dah 162 kali ulang”

“Sedapnya suara Chombi”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL