Keputusan IVF Gagal, Ini Luahan Fila Dan Suami

Kisah cinta Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik. Baru-baru ini, Fila berkongsi di Tiktoknya  tentang perjalanan mereka sepanjang proses IVF, namun tidak berjaya.

Meskipun keputusan Perseny4waan In Vitro (IVF) tidak berjaya, pasangan YouTuber, Fila dan Adama meluahkan rasa syukur dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah yang belum mengizinkan untuk hamil anak sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman TikTok, mereka berkongsi perjalanan ketika proses melakukan IVF tersebut di sebuah hospital.

@filacamara

Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah ❤️ Doakan kami 💕

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Difahamkan, pada 14 Oktober lalu, proses pindah embrio telah dilakukan dan dari situlah bermulanya perjalanan pasangan itu dalam menantikan keputusan IVF tersebut.

Pada awalnya, Human Chorionic Gonadotropin (HCG) menunjukkan bacaan yang tinggi dan berkemungkinan besar Fila atau nama sebenarnya, Nur Afilah Amir Rusdi hamil.

Redha, Allah sebaik-baik perancang

Namun begitu, ketika memeriksa semula bacaan HCG tersebut, secara tiba-tiba ia turun mendadak dan mal4ngnya, keputusan IVF Fila tidak berjaya.

“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Doakan kami,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Teruskan semangat pejuang dua garis!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya terus diberikan kekvatan serta dipermudahkan urusan untuk mendapatkan cahaya mata pertama dalam keluarga mereka.

Ramai orang mendoakan yang terbaik

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar Fila dan Adama terus diberikan kesabaran dan mendoakan pasangan itu dikurniakan malaikat kecil kelak.

Sumber: TikTok @filacamara, OMM, Ohbulan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook