‘Myvi pinjam’ terbalik, pelajar posing macam baru menang kereta – “Hati gel1sah, nak cakap pun mengg1gil”

“BANG, ni acc1dent… bukan menang kereta.”

Demikian salah satu daripada ribuan komen lucu yang dilontarkan netizen pada perkongsian video, memaparkan seorang pemuda sempat ‘berposing’ di hadapan keretanya yang terbalik selepas terbabit dalam kemal4ngan.

Menerusi kapsyen video tersebut, pemuda berkenaan turut melahirkan rasa syukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang keceder4an.

posing 4

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 861,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Syaddad Badrul Hisham berkata dia ditimpa kem4lang4n pada 31 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang dari kampus menuju ke rumah sewa di Bangi, Selangor.

“Ketika itu sekitar pukul 10.30 pagi. Saya baru habis kelas dan mahu pulang ke rumah sewa dengan dua lagi rakan. Saya yang memandu kereta. Kereta Myvi itu milik ibu yang diberi pinjam untuk kegunaan sewaktu belajar.

“Dalam perjalanan pulang, hujan renyai-renyai dan jalan pun licin. Ada banyak selekoh dan apabila melalui selekoh ketiga, tiba-tiba tayar tergelincir, terus l4ngg4r pembahagi jalan dan terbalik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Keadaan kereta milik ibu Syaddad selepas terbalik.

“Saya tak memandu laju, sekitar 40 kilometer sejam (km/j) saja. Memang berlaku dalam beberapa saat saja. Rasa macam roller-coaster masa kereta berpusing dan terbalik.

“Hanya jer1tan dan laungan Allah saja kedengaran. Bila kereta dah terbalik, kami saling memanggil antara satu sama lain. Alhamdulillah kami masih okay. Tiba-tiba nampak titisan cecair minyak enjin, tak tunggu lama… kami terus keluar,” ceritanya mengimbas kembali tr4gedi akhir Oktober itu.

Senang disapa sebagai Syaddad, pemuda berusia 20 tahun ini berkata dia segera menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut, sementara rakan-rakan yang lain sudah mengerumuni tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

posing 3

Rakan-rakan Syaddad yang turut hadir ke lokasi kemal4ngan.

“Alhamdulillah semua tak ceder4. Cuma saya agak terkejut dan seperti ‘numb’ bila tengok kereta milik ibu terbalik. Sambil tunggu trak tunda, kawan-kawan kata alang-alang ambillah gambar sebagai kenangan.

“Sebab itulah terhasil foto yang macam sedang ‘berposing’ tu. Nampak luaran macam okay tapi senyum terpaksa. Memang gelisah, waktu itu nak bercakap pun mengg1gil lagi,” ujar penuntut Diploma Kejuruteraan Automotif, UniKL Bangi ini lagi.

Syaddad berkata, selepas kereta ibunya ditunda ke bengkel, dia segera ke balai p0lis untuk membuat laporan dan kemudian membuat pemeriksaan k3sihatan di klinik.

“Ibu saya tak marah pun walaupun keretanya rosak. Dia bersyukur kerana saya dan kawan-kawan selamat… kereta itu boleh dibaiki. Mujur hanya body yang kemek, bahagian enjin semua okay,” katanya.

Insiden berkenaan membuatkan Syaddad sedikit tr4uma kerana ia adalah kejadian pertama kali dia ditimpa kemal4ngan.

“Bila tengok gambar-gambar tu semula, saya terkejut. Alhamdulilllah, Allah beri peluang lagi untuk bernafas. Sejak acc1dent, saya masih belum drive lagi. Ada tr4uma sikit. Moga perlahan-lahan tr4uma ini pulih.

komen posing

Antara komen lucu netizen pada perkongsian video Syaddad.

“Saya saja simpan kenangan ini dekat TikTok selepas kawan cadangkan. Tak sangka langsung viral. Bila baca komen, boleh dikatakan hampir k3semuanya komen lucu. Terhibur bila ada yang kata macam menang peraduan.

“Tapi memang ramai komen cakap kawasan itu kerap berlaku kem4lang4n. Sedikit sebanyak saya harap video tersebut jadi pengajaran kepada semua orang agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya, lebih-lebih lagi sekarang musim hujan,” ujarnya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.mstar.com.my/