Atilia, Anak Salamiah Hassan Dedah Punca Kem4tian Suami Ibunya!

Penyanyi, Salamiah Hassan, 71, terpaksa bergegas pulang ke Tasmania, Australia sebaik dimaklumkan suaminya, Gerald Hughes, 68, menin ggal dunia akibat kan ser pada malam Khamis lalu.

Menurut anaknya, Atilia Haron, 48, Salamiah sebelum ini berada di ibu negara selama dua minggu untuk memenuhi undangan nyanyian.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Hughes pada pagi semalam ketika mama dalam perjalanan pulang ke Tasmania.

“Kami harap semua pihak dapat memberikan masa untuk kami menerima berita pemergian yang mengejutkan ini. Al-Fatihah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ditanya mengenai keadaan Salamiah, Atilia akur, ibunya sedang bersedih dan berharap diberikan ruang untuk melalui situasi duka itu.

“Tentu sekali dia sedang bersedih,” katanya ringkas.

Salamiah Hassan melangsungkan pernikahan dengan Gerald di Tasmania pada 1 September lalu.

Salamiah dan Hughes telah lama mengenali antara satu sama lain sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, mereka juga menjalinkan hubungan cinta secara on and off dan Hughes telah beberapa kali melamarnya.

Namun, sera ngan Co vid-19 telah merapatkan semula hubungan mereka sehingga membuka hati Salamiah untuk menerima lamaran Hughes.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Utusan Malaysia