Walaupun berbangsa Melayu, seorang warga emas fasih bertutur dalam bahasa Hokkien sehingga mengundang rasa kagum netizen terutama kaum Cina sendiri.
Video berdurasi satu minit yang dikongsi di akaun TikTok @azrilbaharudin memaparkan keramahan seorang ‘nenek’ yang tenang berbual dengan orang Cina menggunakan bahasa asing tersebut.
VIDEO
@azrilbaharudin Fasih makcik cakap cina..syok Dan teruja bila dengar….#fypage #kedah #chinese #cakapcina ♬ original sound – Azril B Baharudin
Rata-rata netizen kagum dengan intelektual warga emas tersebut kerana masih fasih berbahasa Hokkien biarpun di usia senja.
“Saya yang Cina ini pun tidak pandai bahasa Hokkien. Saya pernah pergi Pulau Pinang dan hanya terkebil apabila orang bercakap Hokkien, saya hanya pandai Cantonese, saya hormat dan kagum dengan makcik,” komen seorang netizen.
“Masya-Allah berapa agaknya umur nenek ini ya, masih kuat berjalan dan kuat daya ingatan untuk berbahasa selain bahasa hariannya, memang hebat,” tulis seorang lagi netizen.
“Mantap nenek, kami yang lahir dalam keluarga Cina pun tidak faham apa yang nenek cakap sebab kami tidak diajar bertutur dalam bahasa Hokkien, kalau fikir balik menyesalnya tidak belajar dari kecil,” komen netizen yang lainnya.
Dari sudut lain, terdapat segelintir netizen berpendapat wujud jurang perbezaan antara cara hidup orang lama dan zaman kini yang mana orang lama lebih mudah bergaul dengan bangsa lain.
“Zaman dahulu lain, pakcik Cina dekat bengkel santai sahaja baca surat khabar tulisan Jawi, siap boleh menulis lagi. Begitu juga nenek saya, boleh berbahasa Tamil sebab semasa kecil dahulu selalu berkawan dengan orang berbangsa India,” kongsi seorang netizen.
“Biasa orang-orang lama memang banyak bahasa yang mereka fasih, arw4h abah saya fasih banyak bahasa termasuk Hokkien, Cantonese dan Tamil. Perpaduan lebih utuh ketika dahulu,” tulis pengguna Tiktok itu.
Setakat ini, perkongsian video itu telah meraih sebanyak lebih 1 juta tontonan, 66,300 tanda suka dengan 1390 perkongsian.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Kosmo