GARA-GARA perut kelihatan sedikit buncit semasa menjayakan satu persembahan pentas baru-baru ini, netizen seberang membuat spekulasi kononnya penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini sedang hamil.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Bunga memberitahu perutnya kelihatan bvncit kerana faktor usia dan pemakanan.
Dalam masa sama penyanyi berusia 39 tahun ini juga mengakui terk3san apabila menjadi m4ngsa body shaming netizen itu.
“Saya lebih s4kit hati kerana menjadi m4ngsa body shaming… hey saya juga makan tahu tak?” katanya kepada mStar.
Bunga ditemui semasa sidang media BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.
Penyanyi Cinta Sejati ini juga sempat berseloroh sambil berdiri di hadapan media menunjukkan perutnya.
“Perut saya tidaklah k3mpis. Biasalah perut mak-mak. Saya hanya manusia normal yang suka makan tengah malam.
“Tambah pula usia saya juga bakal masuk 40 tahun. Mana mungkin bentuk badan saya seperti 20 tahun yang lalu,” ujarnya.
Sementara itu, Bunga berkata tiga tahun lalu dia masih mempunyai bentuk badan yang kurus walaupun mempunyai tabiat kuat makan.
Namun, kini dia mula merasai perubahan pada tubuh apabila berat badannya mudah naik.
“Saya berharap orang disekeliling lebih gembira melihat saya lebih sihat, segar.
“Mungkin disebabkan fasa-fasa sedih yang saya lalui sudah beransur pulih, tapi sekarang jadi bualan ramai pula,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Bunga bakal mengadakan konsert solonya yang pertama di Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 27 Januari 2023.
Sebelum berangkat ke Malaysia, Bunga memberitahu dia sempat melawat kubur arw4h suaminya iaitu Allahy4rham Ashraf Sinclair sempena memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Untuk info, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada November 2008.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Sinclair yang kini sudah berusia 13 tahun.
Pada 18 Februari 2020, Ashraf, 41, menghem buskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana ser4ngan jantung.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar