Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan akui berbesar hati selepas diberi kepercayaan mengisi kerusi yang sudah lama dikosongkan selaku hos tetap bagi program Meletop bersama Nabil Ahmad.
Hawa menganggap peluang ini sebagai satu lagi cabaran baharu di dalam kerjayanya di k4ca TV.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.
View this post on Instagram
“Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.
“Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula, kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Hawa akui ada kalanya dia berasa gementar untuk menyandang tanggungjawab yang ditinggalkan oleh selebriti popular, Neelofa itu.
“Bila pertama kali divndang sebagai hos jemputan, sejujurnya saya agak risau ditambah pula bila ada penonton di studio. Rasa $eram sejuk memang ada.
“Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton sudah sinonim dengan k3serasian Neelofa dan Nabil.
“Malah, hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tek4nan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan peluang ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pembaca berita, Buletin Utama ini turut berharap tidak membandingkan dirinya dengan bintang itu seperti mana yang pernah berlaku sewaktu diawal kemunculannya di dalam industri ini.
“Ada yang kata saya dapat sesuatu kerja itu kerana muka saya sama seperti beliau. Saya graduan kewartawanan dan saya memang sudah lama berhasrat untuk bekerja di bidang ini tanpa ada perancangan untuk menjadi orang lain.
“Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.
“Apapun, saya tetap bersyukur bila perkara seperti ini berlaku walaupun perit bila selalu dibandingkan. Asalkan diri sendiri, keluarga dan orang terdekat tahu saya jadi diri sendiri, itu sudah memadai.
“Ingin saya tegaskan disini, apa sahaja yang saya lakukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hawa telah diperkenalkan secara rasmi selaku pengacara baharu program hiburan itu, sebentar tadi.
Semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH