Sebut sahaja nama penyanyi rap sens4si, Caprice pasti sahaja ramai mengenali personaliti ini memandangkan dia sering terlibat dengan beberapa isu p4nas.
Sebelum ini penyanyi rap, Caprice pernah memberi bayangan seakan isterinya, Farra Inalis terkena s1hir. Namun baru-baru ini, penyanyi itu didakwa turut terkena dengan perbuatan sy1rik itu.
Terbaharu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mended4hkan dia dan isteri menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional daripada Tok Singa dan Ustaz Shafiq.
Caprice pun terkena s1hir?
Difahamkan, perkara tersebut dided4hkan sendiri oleh Pusat Rawatan Al Idrus (PSAI) menerusi sebuah video di laman TikTok.
Kami akan merawat di rumah Caprice. Kita tengok gangguan apa sebab dia beritahu simptom-simptom seperti dis1hir.
Ketika pihak PSAI serta Tok Singga berkunjung ke rumah Pelantun Lagu Lenglui, Caprice menceritakan bahawa pada awalnya dia berfikir tidur selama tiga atau empat jam itu adalah perkara biasa kerana sibuk bekerja, namun rupa-rupanya tidak.
Awal-awal Cap (Caprice) fikir tidur 3-4 jam adalah perkara biasa sebab banyak kerja lately. Kita pun pelik kenapa masih ada tenaga walaupun tak cukup tidur sampai ubat tidur pun tak jalan.
Ded4hnya, hasil pemeriksaan oleh perawat berkenaan mendapati dirinya dan isteri ada terdapat unsur-unsur s1hir.
Akhirnya sahabat kita @toksingga datang dari Kedah check dan ada unsur-unsur s1hir. InsyaAllah cap dengan isteri dapat lawan dan cepat sembuh.
Caprice dan isteri nampak benda2 an3h termasuk ul4r an3h
Malah, Caprice dan isteri memberitahu mereka berdua juga bermimpi benda-benda an3h termasuk kehadiran ul4r hitam. Bahkan, isteri Caprice juga nampak ‘bayangan’ dalam rumah mereka selain didatangi lelaki tidak dikenali dalam mimpi.
Badan menggigil dan menangis sewaktu bacaan Ruqyah, bunyi tapak kaki berjalan
Sewaktu Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan sesi rawatan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengesan sama ada pasangan itu diganggu atau tidak, badan isteri Caprice dilihat menggigil dan menangis ketika Ruqyah dibacakan.
Seterusnya, Tok Singa memberithau dia mendengar bunyi tapak kaki berjalan di dalam rumah berkenaan sewaktu sesi berubat berlangsung. Katanya lagi, isteri Caprice iaitu Farra Inalis Husni ada mengalami gangguan r4him di mana dia mengalami masalah ha1d dan sukar untuk mengandung.
Sementara itu, Ustaz Shafiq menitipkan pesanan kepada Caprice supaya membuang semua koleksi patung mainan dalam rumahnya. Ini kerana ia memudahkan j1n dan s1hir untuk menembusi dan berada di kawasan rumah.
Video penuh
@pusatrawatanalidrus Caprice kena Sihir…‼️
View this post on Instagram
Respon netizen
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Caprice dan pasangan supaya kekal kuat dan cepat sembuh dari gangguan sih1r.
Sumber : pusatrawatanalidrus, capricedaddycap, Facebook Pusat Rawatan Al Idrus & Tok Singa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Ohbulan, OMM