Sara anak sambil kumpul duit, walker Foodpanda wanita terharu dapat hadiah motorsikal

SEORANG ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi seb4k selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal.

Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup.

Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat di sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram @ebitlew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki.

“Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang,” tulisnya.

Emi tidak dapat menahan seb4k ketika melihat motosikal yang dihadiahkan kepadanya.

“Suami dah lama terpisah. Masih proses m4hk4mah.

“Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tambah Ebit Lew.

Menurut Ebit, Emi sudah lama melihat pasukannya menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sangka kini giliran dirinya untuk dibantu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini,” ujarnya.

Emi mengakui dia sememangnya sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah motosikal dan tidak sangka perkara itu menjadi realiti secepat ini dengan pertolongan Ebit.

“Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” doa Ebit.

Ebit sempat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha membantu Emi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar