“Kalau tak suka ‘just swipe’” – Syafinaz jawab isu pakaian menc0lok mata

“Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlvk4n nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan)”.

Demikian tegas juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat ketika menjawab soalan tentang penampilannya pada malam tadi yang dilabel segelintir netizen sebagai menc0lok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Mempertahankan penampilannya yang dikatakan ‘keterl4luan’pada konsert suku akhir GV9, Syafinaz yang juga guru vokal itu menjelaskan itulah imejnya sejak dahulu lagi.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dik0ngkong oleh orang lain.

“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.

“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” ujarnya.

Pada masa sama, Syafinaz turut menasihati masyarakat supaya tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja di dunia ini.

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.

“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kac4u awak, awak jangan kac4u saya,” katanya.

Bercakap tentang penampilan dan gaya fesyennya yang sering mencvri tumpuan netizen setiap konsert mingguan GV9, Syafinaz menjelaskan, dia hanya dibantu pasukan yang dipercayai dan selesa bekerjasama.

“Mereka (pasukan tatarias) tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.

“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak burvk,” katanya.

Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai krit1kan segelintir netizen apabila dikatakan s3ks1 dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian d4da dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.

“Baju Syafinaz sangat tidak sesuai,” komen seorang pengguna Twitter.

“Tiada siapa ke nak tegur baju Syafinaz agak s3ks1 untuk konsert GV9 malam ini (semalam),” ciap seorang lagi netizen.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo