Ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan Bonda Rozita mengumumkan kepergiannya ke Mekah bagi mengerjakan umrah.
Menerusi kapsyen pada gambar yang dimuat naik di Instagram, Bonda Rozita mended4hkan yang dia berangkat ke tanah suci ditemani oleh sahabat seperjuangan dan kakitangan yang sentiasa bersamanya sejak 2000.
View this post on Instagram
Membawa hati yang kosong, untuk Allah dan kepada Allah, bertemankan sahabat seperjuangan, staf-staf yang bersama Bonda susah senang lalui suka dvka saya sepanjang 2000 sampai tahun ni.
“Musafir umrah, Ain sangat tinggi. Doakan anak-anak saya lelaki dan perempuan menjadi hamba Allah yang taat pada Allah dan Rasul, baik adab dan agamanya,” tulis Bonda Rozita.
Menerusi ruangan komen, ramai antara pengikut mendoakan keberangkatan Bonda Rozita ke tanah suci dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur ketika berada di sana.
Namun, tidak kurang ada yang mvsykil dengan ketiadaan suami Bonda Rozita menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di Instagram.
“Mana suami? Tak ikut ke lama dah tak nampak.”
“Mohon maaf terlebih dahulu… bukan nak kep0h… Apasal Bonda cakap bawak hati yang kosong? Pastu gi mana-mana sorang-sorang jer. Abang Haji nya mana? Lama tak nampak.”
Ayat Bonda membawa hati yang kosong mengvndang ramai bertanya di mana daddy.”
Begitupun, masih tiada sebarang respons daripada Bonda Rozita.
Terdahulu, nama Bonda Rozita menjadi bualan apabila dia tampil semakin kurus menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Gempak