Selepas 32 tahun terlibat kemαlαngan ng3rl, Zaiton Sameon kini pemegang kad OKU – “Saya sudah hilang semuanya”

PENYANYI Zaiton Sameon kini pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh berkata, Zaiton menerima kelayakan bagi OKU fizikal selepas disahkan doktor mengalami keadaan dipanggil traum4tic brain injuries atau travma keced3raan otak.

“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kec4catan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon.

“Seperti kes Zaiton, dia masuk dalam kategori OKU fizikal yang telah disahkan oleh doktor sebagai travma keced3raan otak,” katanya kepada mStar.

Zaiton kini memegang status OKU.

Che Samsuzuki ditemui pada majlis penyerahan kad OKU kepada Zaiton yang diadakan di pejabat JKM, Kuala Lumpur pada Isnin.

Untuk rekod, Zaiton pernah terbabit dalam kemαlαngan ng3ri pada 1990 dan mer4gut nyawa anak lelakinya iaitu allahy4rh4m Azirwan Abu Bakar yang ketika itu baharu berusia 13 tahun.

Akibat ins1den itu, Zaiton mengalami g4ngguan em0si yang tervk selain mas4lah hilang ing4tan.

Dalam pada itu, Zaiton, 66, bersyukur menerima kad berkenaan kerana ia membolehkannya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Ketika ini kata penyanyi lagu Menaruh Harapan itu, dia terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM800 di Bukit Indah, Ampang dan sukar memohon kediaman PPR ekoran tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. sed1h orang lain dapat tapi saya tak.

Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa.

ZAITON SAMEON

PENYANYI

“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik.

“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Zaiton bersyukur kerana dia dijaga baik oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50 sejak 11 tahun lalu.

Mengakui dirinya kini sudah tidak mempunyai siapa-siapa dan enggan membebankan adik-beradik lain, Zaiton lebih selesa tinggal bersama anak angkatnya itu.

Zaiton menerima kad OKU daripada JKM.

“Saya sudah hilang semuanya… Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa. Walaupun saya mempunyai adik-beradik, tetapi saya tidak mahu meng4nggu mereka.

“Kini saya tinggal bersama anak angkat. Kami bertemu pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan, Ikah juga anak yatim piatu, jadi dia memanggil saya ibu,” jelasnya.

Malah segala kebajikan dan urusan undangan nyanyian turut diuruskan oleh Che Sikah bagi pihaknya.

Tidak hanya itu, Zaiton kini giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ bagi menjana pendapat sampingan.

“Alhamdulillah dengan berniaga ini dapatlah saya sedikit pendapatan bagi menampung keperluan harian,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber/ Kredit :  https://www.mstar.com.my/