Baju songket izara aishah cvri perhatian, Dipuji nampak mahal ‘Aura macam artis bollywood’

Ramai sedia makluM penghijrahan pelakon, Izara Aishah yang kini telah berhijab sepenuhnya. Kerap mengenakan gaya tudung dengan pakaian sopan sebagai seorang Muslimah, ramai yang meminta tutorial penggayaan tersebut.

Gayakan pakaian tradisional songket

Berikutan itu, Izara yang mengenakan pakaian tradisional songket sebagai fesyen di sebuah majlis mencvri tumpuan orang ramai terutamanya dari kalangan peminat kerana kelihatan begitu anggun walaupun tanpa sebarang aksesori tambahan untuk menaikkan seri dirinya.

Bukan itu saja, ramai juga yang mengatakan bahawa pemakaian Izara kelihatan ‘mahal’ dan mempunyai aura seperti selebriti Bollywood malah tak kurang yang memuji penggayaan sederhana pelakon Vanilla Coklat itu sentiasa on point!

Hang ni pakai apa pun lawa ya amat Izara oiii. Plus, warna dress ni memang cantik. Macam rich gold, pekat-pekat, memang nampak kayangan sangat!

Sebab ni lah bila tutup aurat, pakai longgar-longgar dan labuh ni buat wanita nampak cantik sangat.

Terima pujian dari rakan selebriti

Ternyata, pemakaian songket Izara itu juga bukan sahaja menarik perhatian dan menerima pujian daripada peminat malah dari rakan-rakan selebriti juga antaranya Mira Filzah, Nora Danish dan Marsha Milan. Memang betul ramai yang jatuh cinta ni!

Difahamkan Izara mengenaikan dress songket hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini bagi majlis yang diadakan pada malam Rabu dengan bertemakan pakaian tradisional.

Komen rakan selebriti

Sumber: Instagram @izaraaishahofficial

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/