Tergamam! “Dia Jantan….”- Ogy Buka Cerita Bekas Suaminya Eman Manan Yang Ramai Tak Tahu!

Seniwati tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud, 59, bersetuju dengan pandangan ramai yang menyifatkan Eman Manan sebagai contoh pelakon ‘jantan’ di Malaysia.

Kata Ogy, ilmu persilatan dimiliki bekas suaminya itu sedikit sebanyak menjadikan dia seorang pelakon berwibawa yang dilahirkan dengan sifat kelelakian sebenar.

“Eman bijak, cerdik dan dilahirkan ‘jantan’. Dia memiliki ilmu persilatan yang dituntutnya selama 11 tahun.

“Saya amat bersetuju sekiranya ada yang meletakkan dia sebagai garis panduan bagi aktor jantan di Malaysia,” katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis sidang media teater 4 Dara Makcik Bawang di Pusat Pelancongan Malaysia (m4tic), baru-baru ini.

Menurut Ogy, tanggapan Malaysia ketandusan pelakon ‘jantan’ adalah tidak benar kerana ramai aktor lelaki negara ini yang berjaya membuktikan kredibiliti tanpa meletakkan rupa paras sebagai keutamaan.

“Kita juga ada pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Adi Putra dan ramai lagi.

“Begitu juga Fattah Amin yang juga telah menunjukkan kematangan dalam lakonannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ogy juga meluahkan kekecewaan terhadap industri perfileman dan drama tempatan yang pada masa kini meletakkan rupa paras sebagai ukuran pemilihan pelakon baik lelaki mahupun perempuan.

Katanya sistem tersebut perlu dikaji semula memandangkan fizikal seseorang bukan penentu keberkesanan lakonan seseorang aktor.

“Saya tak setuju bukan kerana mereka kacak atau cantik. Tetapi kerana itu bukan rukun untuk menjadi aktor. Di negara mana sekalipun, akademi perfileman dan drama akan mengiyakan perkara itu.

“Yang penting tentang bagaimana kita asah pelakon-pelakon ini. Bukan asal cantik dan kacak, mereka diambil dan terus dicampak ke dalam set.

“Kasihan. Terkapai-kapai mereka, tak tahu apa-apa. Sebenarnya itu tidak adil untuk pelakon-pelakon baru,” tegasnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Utusan Malaysia