Tul4r di TikTok satu video yng memaparkan tindakan seorang lelaki kelainan upaya (0KU) yang melindungi anaknya menggunakan baju daripada terkena hujan semasa ingin masuk ke dalam kereta.
Cara tunjuk kasih sayang
Biarpun tidak normal seperti orang lain, lelaki berkenaan dilihatkan sanggup mered4h hujan dalam keadaan bertongkat dan kebasahan tanpa berlindung dengan payung daripada membiarkan anaknya terkena air hujan.
Disebabkan itu juga, perkongsian yang dibuat oleh wanita dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan telah mengundang seb4k netizen kerana mengganggap ianya sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada anaknya.
‘Beruntung dapat suami dan ayah yang penyayang’ – Netizen
Meninjau di bahagian komen video yang telah mendapat tontonan lebih dari 430K itu, rata-rata memuji tindakan lelaki berkenaan dengan mengatakan bahawa isteri serta anaknya sangat beruntung kerana mempunyai suami dan ayah yang penyayang.
Even saya bukan sesiapa. Saya doakan semoga sis dan suami selalu bahagia dunia akhirat. Aminn.
sed1hnya. Beruntung awak. saya pun bersyukur sangat. Terima kasih ingatkan saya. Semoga awak bahagia selalu.
‘Awak orang yang hebat, kak’
Tak kurang juga yang turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut agar sentiasa dirahm4ti dan ada juga yang kagum dengan pemilik akaun TikTok tersebut kerana mampu memerima kekurangan suami seadanya.
Selain itu, beberapa pengguna TikTok yang lain juga menjadikan kisah suami isteri itu sebagai inspirasi untuk terus mencapai kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.
Video:
@sitilatifahmutalib Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you 😘 #CapCut #fyp #trending #masukberanda #suamiterhebatku🥰🥰🥰🥰 ♬ original sound – SITI LATIFAH
Sumber: TikTok @sitilatifahmutalib
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://ohbulan.com/