‘High Maintenance’.. Wanna Ali Pilih Calon Suami Kewangan Stabil 

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 24 tahun itu berkata itu kriteria yang perlu ada pada lelaki yang mahu mendekatinya  apatah lagi dia juga kini berusaha untuk memajukan dirinya demi masa depan.

“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh b1mbang saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.

“Lagi pula, it bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high ma1ntenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan h4l itu dijaga dengan rap1,” katanya.

Kongsi anak kepada penerbit filem Datuk Ayu Puteh itu lagi, dia sudah biasa berdikari sejak tamat sekolah lagi dan dia perlu pastikan pasangannya juga wajib memberi keselesaan hidup padanya.

“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri.

“Jadi, kalau saya berjodoh dengan lelaki yang tak boleh berikan apa saya boleh berikan kepada diri sendiri, kenapa saya perlu lelaki sebegitu?,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya