Jasmine Suraya Ikuti Kelas Tahfiz, Jujur Rasa Satu Perjalanan Indah

Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah h4ngat melibat dirinya di media sosial.

Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.

“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh dis3kat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.

“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada ser4ngan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.

“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.

Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH