Pelakon Enot terpaksa dikejarkan ke h0sp1tal Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya pada petang Isnin.
Enot atau Azliza Abdullah, 44 berkata pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula berasa s4kit pada bahagian tulang belakang.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ni dah biasa berlaku cuma kali ini kesannya agak teruk sedikit sebab terkena pada bahagian lutut.
“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan s4kit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans”, katanya.
Enot sebelum itu turut berkongsi video dia menerima rawatan di h0sp1tal berkenaan.
Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya pat4h selain tempurung lututnya ret4k.
Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang saya sebab memang saya ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada sebahagian yang patah.
“Selepas dirawat, saya sendiri yang minta untuk balik rumah…lebih senang duduk berehat di rumah. Jika s4kit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu lakukan pembed4han “, katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar, YT