Makin Cantik Diusia 33 tahun! Ini Wajah Terkini ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai

Bila dah dewasa, wajahnya pun dah macam Kajol pula. Peminat filem blockbuster Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai pasti familiar dengan watak kanak-kanak ‘Anjali’. Walaupun filem ini ditayangkan pada 24 tahun yang lalu, tak dinafikan Anjali masih lagi popular sehingga sekarang.

Anjali atau nama sebenarnya Sana Saeed, kini berusia 33 tahun dan telah menjadi seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik serta bakat yang luar biasa.

VIA Instagram Sana Saeed

Sekadar info, Sana bukan sahaja aktif sebagai seorang pelakon dari sejak kecil lagi. Malah dia turut aktif dalam bidang pengacaraan dan peragaan.

Karier Sana sebagai seorang pelakon bermula ketika dia berusia 8 tahun lagi apabila mula membintangi filem pertamanya iaitu Kuch Kuch Hota Hai. Selepas daripada filem tersebut, dia turut membintangi filem hit lain seperti Badal, Har Dil Co Pyar Karega dan School of The Year.

Manakala bidang pengacaraan pula, Sana pernah menjadi hos rancangannya sendiri iaitu MTV Splitsvilla S3xy Sana Show pada tahun 2013.

Pendidikan Sana pula, pelakon ini mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Dan kini dia telah berpindah sementara ke Los Angeles untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan filem dan lakonan di New York Film Academy.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Murai.my