Umum tahu baru-baru ini Dai Syed selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hana Ismail. Perbezaan sembilan tahun di antara mereka tidak menjadi halangan untuk disatukan, malah mendapat pujian daripada netizen atas keserasian pasangan ini.
Namun, tindakan Dai Syed yang bergurau tentang kahwin lain menerusi live Instagram semalam menarik perhatian ramai.
Video:
@anglemira.ak KISAH CINTA DAISYED #daisyed #hanaalmauzah #sweetcouple #fypシ #foryoupage #explore #mstar #fypシ゚viral ♬ original sound – randomvids!💕
Menerusi live yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, dipercayai tujuan live yang dibuat pasangan selebriti itu adalah untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.
Sementara itu, walaupun pasangan itu masih baru dalam alam perkahwinan, mereka tetap romantis dengan berbalas usikan dengan satu sama lain. Walau bagaimanapun, netizen terhibur dengan gurauan yang dibuat Dai Syed ke atas Hana dengan usikan tentang memiliki isteri lebih dari satu.
Saya mintak izin dulu dari awak.
Gurauan yang dibuat Dai Syed membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah.
Dalam pada itu, segelintir warganet menasihati Hana untuk tidak berfikir ke arah itu dan doakan yang terbaik sahaja.
Komen Netizen:
Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan jam 11.46 pagi, pada 3 Disember 2022.
Sumber: Tiktok @randomvids
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://ohbulan.com/