Umum mengetahui, Khamis lalu chef bertaraf antarabangsa, Gordon Ramsay berada di Malaysia untuk merasmikan pembukaan restoran miliknya yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur.
Apa yang menjadi perhatian, perkongsian adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Athisha Khan di media sosial.
Mana tidaknya, Athisha antara sal4h seorang individu bertuah apabila dijemput sedapur dengan Ramsay dan bertemu empat mata dengan chef popular itu.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian Athisha, personaliti media sosial itu berkata dia bersama influencer yang lain diajar untuk menyediakan dessert dan dia dipilih sebagai pemenang hidangan pencuci mulut terbaik.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk selebriti lain yang teruja apabila Athisha diberi peluang untuk sedapur dengan Ramsya.
Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa teruja melihat perkongsian Athisha bersama chef kegemarannya itu. Kata Neelofa, dia kerap menonton program itu ketika sedang hamilkan anaknya, Muhammad Bilal.
“Dia tahu tak saya tengok show dia ini bertahun-tahun dah. Masa hamil Bilal lagi banyak saya tengok… Sampai pak ustad (Haris) pelik,”tulisnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Rotikaya